Perpisahan Yang Diputuskan Oleh Mahkamah
Jika anda memilih ke arah perpisahan yang akan diputuskan oleh mahkamah, anda telah dengan sedaya-upaya mencuba semua alternatif untuk perpisahan yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak.
Pada peringkat ini, proses mahkamah bermula, di mana anda dan pasangan anda diwakili oleh peguam anda. Mereka akan membawa kes anda ke mahkamah. Seorang hakim akan memutuskan tentang perpisahan anda, harta, aturan keluarga dan sebarang syarat khas lain yang mahkamah rasakan perlu.
Bergantung kepada kerumitan kes anda, proses mahkamah boleh mengambil masa daripada berbulan-bulan hingga bertahun-tahun untuk diselesaikan. Disebabkan ini, yuran guaman anda juga akan meningkat dari masa ke semasa.
Dalam proses mahkamah, anda mungkin perlu
1 Memberi jawapan kepada permohonan untuk perceraian
Jika pasangan anda ingin menceraikan anda atas sebab tertentu, peguam anda akan membantu anda untuk menjawab permohonan ini.
​
Jawapan ini kemudiannya diserahkan kepada mahkamah selaku sebahagian daripada proses.
4 Hadir di mahkamah untuk memberikan jawapan anda
1 hingga 2 bulan selepas semua dokumen telah diserahkan, anda akan dipanggil sebagai saksi ke mahkamah. Peguam pasangan anda mungkin akan menyoal anda.
​
Anda mesti menjawab dengan jujur dan benar kerana anda ditanya di mahkamah.
2 Membalas jawapan yang diberikan sebelum ini
Jika anda menceraikan pasangan anda, dan dia telah melalui langkah sebelumnya, anda masih mempunyai satu peluang untuk membalas jawapannya.
​
Sekali lagi ingin ditekankan, ini dilakukan dengan bantuan peguam anda dan diserahkan kepada mahkamah.
5 Berikan bukti tambahan selepas tarikh mahkamah
Kes anda mungkin berlangsung selama beberapa hari jika ianya kompleks. Apabila ia berakhir sepenuhnya, peguam anda mempunyai peluang untuk memberikan bukti tambahan yang mungkin menyokong keputusan oleh hakim.
3 Persiapkan diri anda untuk kehadiran di mahkamah
Berdasarkan jawapan kes anda dan alasan yang diberikan kepada mahkamah, peguam anda akan mempersiapkan anda untuk hadir di mahkamah.
Mereka akan membantu anda dalam persediaan ke mahkamah, bagaimana untuk bercakap, bagaimana untuk memberikan jawapan yang betul; semua disediakan untuk menyokong kes anda.
6 Perpisahan disahkan
Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan tentang perjanjian perceraian anda berdasarkan bukti yang diberikan oleh peguam anda dan pasangan anda.
​
Setelah anda mengemas kini perkara ini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perceraian anda menjadi sah secara rasminya.
Beberapa contoh soalan lazim
Alasan anda untuk berpisah.
Bagaimana bukti yang diberikan kepada mahkamah menyokong keinginan anda untuk berpisah (atau sebaliknya).
Rancangan anda untuk membayar sebarang pembayaran kepada pasangan anda selepas perpisahan.
Sama ada anda sesuai untuk diberikan hak penjagaan anak-anak anda.
Alasan asal anda untuk berkahwin dengan pasangan anda.
Bagaimana anda merancang untuk membayar bantuan anak atau hak penjagaan.
Apakah harta, wang tunai atau aset lain dan hutang yang anda mahu bahagikan.
Pengalaman anda semasa sesi kaunseling mandatori.
Hubungan anda dengan pasangan anda sebelum cabaran perkahwinan anda.
​
Soalan boleh merangkumi pertanyaan yang sangat luas tentang niat anda, sehingga soalan yang sangat terperinci tentang aktiviti harian anda. Pastikan anda jujur dan terbuka dalam jawapan anda.


Adalah hampir mustahil untuk bersedia sepenuhnya bagi menjawab soalan yang mungkin ditanya oleh peguam pasangan anda.
Adalah lebih penting untuk bersedia bagaimana hendak menjawab soalan di mahkamah, bahasa yang digunakan serta logik dan hujahan anda.
Keputusan mahkamah adalah kompleks
Sebagai panduan umum, mahkamah mengikuti hierarki umum dalam membuat keputusan mereka.
Mahkamah jugak boleh memerintahkan bahawasanya adalah salah untuk memutuskan perceraian seterusnya menolak kes tersebut.
Kanak-kanak
Keperluan anda dan anak-anak pasangan anda menjadi keutamaan, berfokus kepada pihak mana yang paling mampu.
Harta dan liabiliti
Berdasarkan perkara di atas, mahkamah akan membahagikan harta dan liabiliti anda antara anda dan pasangan anda.
Situasi semasa
Bagaimanakan gaya hidup anda berdua sekarang. Tabiat perbelanjaan anda, pendapatan, sebarang kecacatan dan gaya hidup keseluruhan.
Umur dan tempoh perkahwinan
Keputusan mahkamah dipengaruhi oleh berapa lama anda bersama.
Situasi masa depan
Potensi untuk anda atau pasangan anda untuk meneruskan kehidupan anda secara berasingan dengan cara yang sama seperti sekarang.
Tingkah laku
Berdasarkan bukti yang diberikan mengenai tingkah laku, perkara ini juga akan diambil kira oleh hakim.
Saya kalah. Bolehkah saya merayu?
Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah, anda boleh bercakap dengan peguam anda tentang proses rayuan. Ia mesti difailkan 30 hari dari bila perintah perceraian dikeluarkan.
​
Mahkamah tidak semestinya menerima rayuan anda, atau jika mereka menerimanya, ada kemungkinan untuk mahkamha untuk tidak membatalkan keputusan sebelumnya. Dalam keadaan itu, tidak akan ada perubahan kepada keputusan asal.
​
Sila ambil maklum, semakin lama kes anda berlangsung, semakin banyak kos yang akan anda tanggung. Sebarang rayuan tidak semestinya akan berjaya.
