Perpisahan Secara Dimediasi
Perpisahan secara dimediasi mempunya persamaan dengan perpisahan self-service. Walau bagaimanapun, terdapat penambahan mediator bertauliah untuk menjadikan proses ini lebih telus untuk anda dan pasangan anda.
Mereka dapat membantu anda mencapai kata persetujuan dalam mencari keadilan untuk perjanjian perpisahan anda. Mediator memberikan khidmat sokongan yang telus dan tidak berat sebelah untuk anda berdua pada masa yang sama. Bersama-sama dengan mediator anda, anda boleh berkerjasama untuk mencapai kata persetujuan tentang masa depan masing-masing.
Anda boleh menggunakan borang Soal Selidik kami untuk diisi dan dihantar kepada mediator anda, supaya mereka memahami situasi anda sebelum mengatur pertemuan.
Bersama dengan mediator, anda boleh membuat langkah seterusnya
1 Tulis perjanjian perpisahan bersama-sama
Gunakan borang Soal Selidik kami untuk membantu anda dalam proses ini.
​
Perjanjian perpisahan anda harus meliputi segala hal di dalam perkahwinan anda yang anda boleh fikirkan. Antaranya ialah akaun bank anda, kereta, harta, keluarga serta haiwan peliharaan (jika ada)
​
4 Isi dokumen mahkamah anda
1. Petisyen Bersama untuk Perceraian.
2. Afidavit Bersama yang mengesahkan dokumen di atas adalah benar.
4. Petisyen Bersama Aturan untuk Anak-anak.
5. Sijil Iringan yang menyokong untuk dokumen peribadi.
7 Perpisahan disahkan
3 bulan kemudian, sijil perceraian akan dikeluarkan.
Setelah anda mengemas kini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), perceraian anda menjadi rasmi.
2 Meminta sokongan daripada mediator
Mediator anda akan memberikan pendapat sama ada perjanjian perpisahan anda adil untuk kedua-kedua belah pihak atau sebaliknya.
​
Sekiranya ia tidak, mereka akan berbincang dengan anda berdua tentang bagaimana untuk menjadikannya lebih adil.
​
5 Hantar dokumen mahkamah
Tandatangani dokumen anda di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Pesuruhjaya juga mesti menandatangani Sijil Iringan yang mengesahkan dokumen peribadi sokongan anda.
​
Hantar ke mahkamah, kemudian kes anda sedia untuk dipanggil.
3 Kumpulkan dokumen peribadi anda
1. Kad Pengenalan.
2. Sijil perkahwinan.
3. Sijil kelahiran anak-anak.
4. Perjanjian jual beli harta.
Anda mungkin memerlukan dokumen lain yang menyokong perjanjian perpisahan anda.
6 Hadir di mahkamah
1-2 bulan selepas anda menyerahkan dokumen anda kepada mahkamah, anda dan pasangan anda boleh mewakili diri anda di hadapan hakim.
Siapakah mediator dan apakah tugas mereka?
Pusat Mediasi Antarabangsa Malaysia (MIMC) mempunyai senarai Mediator yang bertauliah yang anda boleh hubungi untuk menyokong perjalanan perpisahan anda. Ahli-ahli mereka adalah profesional yang dilatih yang diterima dan dilantik ke Panel Mediator MIMC.
Mereka dilatih untuk berfungsi secara adil dan saksama, menguruskan komunikasi yang sukar dan bersifat telus. Kos biasanya dalam RM 2,000 dan ke atas, bergantung kepada kerumitan situasi anda.
​
Mediator seharusnya membantu anda untuk mendapatkan perjanjian perpisahan yang adil untuk anda dan pasangan anda, di mana ini boleh digunakan sebagai asas perceraian anda.
​
Adalah penting untuk anda mendapatkan mediator yang dapat memahami dan membantu anda berdua dengan cara yang anda rasakan selesa.

01
Mediator akan menetapkan cara berkomunikasi untuk anda
Mediator akan menetapkan peraturan asas tentang bagaimana proses mediasi anda akan berlangsung. Ini termasuklah menetapkan giliran siapa yang bercakap dan mengingatkan pihak terlibat untuk sentiasa menjaga tata tertib dan bersopan.
02
Mereka akan menilai pandangan anda berdua bersama-sama
Sewaktu memperhalusi perjanjian anda, mediator akan mendengar pandangan anda dan juga bertanyakan soalan. Objektif mereka adalah untuk mendapatkan penjelasan tentang perjanjian perpisahan anda dan melihat sekiranya ada pihak yang secara sengaja atau tidak sengaja berlaku tidak adil.
Jika terdapat bahagian yang dirasakan tidak adil, usulkan kepada mediator.
03
Penyelesaian dicadangkan berdasarkan pandangan setiap individu
Mediator akan mendapatkan semua pendapat anda atau pun poin yang mereka percaya mungkin tidak adil yang terdapat dalam perjanjian perpisahan. Berdasarkan kepada maklumat tersebut, mereka akan berbincang dengan anda berdua untuk membantu anda mencapai penyelesaian yang adil untuk kedua-dua pihak.
Jika anda mendapati bahawa anda tidak dapat mencapai persetujuan, maka perpisahan secara rundingan mungkin bukan laluan yang tepat untuk anda dan pasangan anda.
04
Kedua-dua pandangan anda diperhalusi berasingan
Sekiranya diperlukan, mediator mungkin meminta untuk berbincang dengan anda secara bersendirian. Dengan cara ini, anda boleh berkomunikasi secara terbuka dengan mereka tentang topik yang anda merasa tidak selesa dibicara di depan pasangan anda.
Ini dapat membantu mediator untuk melihat tingkah laku dan memahami rasional, untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian yang adil
05
Perjanjian perpisahan yang ditelah disemak dikeluarkan
Bersama dengan cadangan yang disemak semula dan yang lebih adil, anda kini bolehlah menulis perjanjian perpisahan anda yang baru, dengan keyakinan bahawa satu pihak yang neutral telah memberikan pendapat professional mereka bahawa anda berdua dapat mendapatkan jalan yang terbaik daripada satu sama lain.
Adakah anda masih memerlukan peguam selepas proses mediasi?
Ia masih lagi satu idea yang baik.
Suka diingatkan, seorang peguam boleh menyemak sama ada perjanjian perpisahan anda yang baru dirunding boleh dikuatkuasakan secara sah atau sebaliknya. Peranan mediator adalah hanya untuk membantu anda mencapai persetujuan bersama tentang kandungan perjanjian.
​
Seorang peguam juga boleh membantu anda melalui proses dokumentasi mahkamah dan undang-undang.

Perpisahan secara rundingan sesuai untuk individu berikut:
Hubungan sedia ada yang mempercayai satu sama lain dan terbuka.
Pasangan yang boleh berkomunikasi dengan tenang
Memastikan bahawa setiap orang mendapat keputusan yang adil dalam proses perpisahan.